Beberapa laku buli di sekolah menengah dan sekolah

Beberapa
kajian yang telah berjaya dijalankan menunjukkan betapa seriusnya perlakuan
buli yang berlaku di sekolah dan kebanyaka mangsa mendapat kesan yang amat
buruk sehingga ada yang meninggal dunia. Disebabkan  sekolah merupakan tempat yang paling penting
dalam proses pembelajaran, yang sepatutnya melahirkan pelajar yang cemerlang
dan seimbang dalam semua bidang, maka pengkaji  ingin mengkaji tentang faktor-faktor sebenar
penyebab kepada kes salah laku buli di sekolah menengah dan sekolah rendah  yang mana kebelakangan ini telah menjejaskan
reputasi  sekolah sebagai pusat
perkembangan ilmu serta jati diri bangsa. Menurut penulis, perlakuan buli
merupakan suatu masalah yang perlu ada jalan penyelesaian di mana ia memerlukan
pencegahan dan program intervensi (Greenbaum, Turner, dan Stephens, 1989).

           Kebanyakan pelajar yang terlibat
dengan tingkah laku buli tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku yang
sering dilakukan dalam kalangan mereka sendiri adalah merupakan tingkah laku
buli. Jenis-jenis tingkah laku seperti tingkah laku yang biasa berlaku dalam
kalangan mereka seperti suka bertanyakan soalan-soalan yang bodoh, tidak
memperdulikan orang lain, mengusik seseorang, membohongi seseorang dan
sebagainya. Justeru itu, pelajar-pelajar terbabit tidak sedar bahawa tingkah
laku yang telah dilakukan oleh mereka merupakan salah satu jenis tingkah laku
buli seperti yang telah didefinisikan dalam kajian ini. Selain itu, pelajar
yang terlibat dengan tingkah laku buli sering menggunakan ciri-ciri dan
kelebihan yang ada dalam diri mereka masing-masing untuk bertingkah laku buli.
Ciri-ciri pembuli yang secara fizikalnya kuat dan penghargaan kendiri yang baik
ingin mengawal dan mendominasi serta tidak mampu memahami dan menghargai rakan
sebaya antara penyebab utama tingkah laku buli ini berleluasa. Ciri-ciri mangsa
buli yang pasif, kurang bertindak balas dan mempunyai penghargaan kendiri yang
lemah akan menyebabkan pembuli merasa ‘seronok’ untuk membuli mangsa. Oleh
kerana pembuli dan mangsa buli tidak sedar akan  kelebihan dan kelemahan masing-masing boleh
menjadi penambah baik sesama mereka sendiri, maka kelebihan dan kelemahan itu
telah menjadi antara faktor pendorong kepada mereka terbabit sebagai pembuli
dan mangsa buli. (Mahadi, 2007). Pihak yang terbabit seperti institusi sekolah
dan guru perlu memainkan peranan penting dan sentiasa prihatin terhadap masalah
ini di sekolah mereka. Namun persoalan yang timbul adalah sejauh manakah tahap
buli yang telah berlaku di peringkat sekolah hingga hari ini dan bagaimanakah
penerimaan pelajar terhadap masalah ini. Sejajar dengan peranan yang dimainkan
oleh institusi sekolah sebagai pusat pendidikan, maka persekitaran sekolah
haruslah selamat dan selesa bagi pelajar untuk melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran mereka.

Your time is important. Let us write you an essay from scratch
100% plagiarism free
Sources and citations are provided


Get essay help

           Dengan menularnya salah laku buli di
sekolah, ini akan sedikit sebanyak mengganggu proses pendidikan yang
dijalankan. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mendalami perasaan pelajar
dan pendapat mereka berkenaan isu ini seperti pengalaman mereka, pandangan,
kesan dan sebagainya. Selain itu, kajian penyelidikan ini juga mengkaji tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan buli serta meneliti jenis perlakuan
buli serta program intervensi yang telah diambil oleh pihak sekolah untuk menangani
masalah ini.